Salam.. Lama sungguh x menulis.. Alhamdulillah kesihatan semakin bertambah baik. Syukur juga kehadrat Ilahi semua berjalan lancar.. Benar bagai dikata, tidak diuji hambanya melebihi apa yang termampu ditanggung. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lg maha mengasihani..
Seminggu lepas sewaktu kami bertemu, ditanya pada saya..
Apa aurat?
Hmmm terkesima, selama ini x pernah ada yang bertanya. Dalam keadaan yg malu ( sedar saya tidak sepenuhnya menjaga aurat saya )..wahai kamu lelaki yang mencuri hati saya, sesungguhnya cinta kamu seperti air yang menyejukkan! Moga kamu akan selalu ada disisi saya, menjaga saya, menegur saya, membimbing saya yang kurang sgh ilmu akhirat ini..
Jika ditanya, kerana apa saya mencintai kamu, Sesungguhnya kerana Allah kami bertemu dan kerana Allah juga cinta ini hadir antara kami.
::beautifull life::
::in searching of joy and love, journey to complete us as friends, sisters and lover::
Wednesday, July 18, 2012
Sunday, June 10, 2012
:: saya ::
hancur luluh hati saya.
berderai
berdentingan jatuh ke lantai!
andai bisa disukat sakitnya,
maka penuh selaut darah..
andai bisa dihitung peritnya,
maka penuh selangit deritanya..
tiada berair mata lagi,
tiada sedu lagi,
yang tinggal hanya
saya
Thursday, June 7, 2012
::~~~ ::
Melepasi fasa remaja dan dewasa..
Mengenalimu,
Melukai aku,
Menghancurkan aku..
Seribu musim tak akan bisa,
Menghibur hati yang sedang marah...
Mengenalimu,
Melukai aku,
Menghancurkan aku..
Seribu musim tak akan bisa,
Menghibur hati yang sedang marah...
Wednesday, May 30, 2012
:: Bahagia? ::
Seusia mencari bahagia..
Bahagia jiwa raga..
Berlari dan mencari..
Jatuh tersungkur..
Lalu lelah sendiri!
Saturday, May 19, 2012
:: beribu berjuta ::
beribu berjuta
rasa berdetar!
pahit!
ada getar!
yang susah.
tak tertafsir.
kalut serabut!
kami masih mencari
tapi tidak ketahu apa yang perlu!
~
:: keputusan ::
mengambil keputusan??
atau berfikir mengenai kepetusan,
adalah sesuatu yang paling sukar!!
hati gentar!
jika salah
jika silap..
maka nanti hati
akan merusuh sekali lagi
kerana mungkin juga
hati ini
penuh
dengan noda
dan juga dosa!
Saturday, May 5, 2012
:: redha ::
Hati menjadi semakin sakit selagi saya tidak merelakannya..
Ya Allah,
Lembutkan hati saya..
Pimpin lah hati saya..
Agar saya redha pada ketentuan ini..
Moga kau tittipkan
Kasih sayang antara insan dipilih mu..
Ya Allah,
Lembutkan hati saya..
Pimpin lah hati saya..
Agar saya redha pada ketentuan ini..
Moga kau tittipkan
Kasih sayang antara insan dipilih mu..
Tuesday, May 1, 2012
:: bicara dari hati ::
dah lama
tak bicara rasa sarat dalam dada
rasa sendu dalam jiwa
bukan mahu salahkn takdir dan ketentuan maha Esa,
tapi rasanya selalu keadaan tak pernah berpihak pada saya!
maka selalunya saya akan merusuh!
mencari salah dan berdendam!
dalam keadaan emosi yang sangat letih
dan jiwa yang parah
adakalanya saya tak mampu
buat keputusan dengan waras
mungkin,
adakalanya tanpa saya sedar
saya melukakan hati insan disekeliling saya!
mungkin juga adakalanya,
tanpa saya sedar,
dalam saya menjaga hati dan perasaan
insan disekeliling saya,
hati saya terluka!
Monday, April 23, 2012
:: hati saya ::
dalam hati saya,
ada cinta!
dalam hati saya,
ada duka!
dalam hati saya,
ada luka!
ada cinta!
dalam hati saya,
ada duka!
dalam hati saya,
ada luka!
sesungguhnya saya diuji,
ketabahan dan iman saya,
sejauh mana saya percaya terhadap ketentuan Ilahi.
sekuat mana kesabaran saya.
ya Allah..
Monday, April 16, 2012
:: pasti! ::
antara kami,
pasti ada yang terluka..
walau zahirnya,
kami bukan lagi kami yang dahulu
sungguh zahirnya biasa
namun ada yang tak terluah
mungkin kerana simpati!
Thursday, April 12, 2012
:: tidak lagi!! ::
Tidak lagi ku kesah,
Separuh atau sepenuh hati mu..
Kasih mu hanya berbekas!
Tidak lagi ku mahu,
Separuh atau sepenuh hidup mu..
Cinta mu hanya berbekas!
Tidak lagi ku endah,
Separuh atau sepenuh masa mu..
Rindu mu hanya berbekas!
Tidak lagi ku perlu,
Separuh atau sepenuh jiwa mu..
Kamu hanya berbekas!!
Separuh atau sepenuh hati mu..
Kasih mu hanya berbekas!
Tidak lagi ku mahu,
Separuh atau sepenuh hidup mu..
Cinta mu hanya berbekas!
Tidak lagi ku endah,
Separuh atau sepenuh masa mu..
Rindu mu hanya berbekas!
Tidak lagi ku perlu,
Separuh atau sepenuh jiwa mu..
Kamu hanya berbekas!!
Thursday, March 8, 2012
:: rusuh! ::
rusuh!!
hati merusuh!
amuk!!
jiwa kecewa!
yang jadi
tak seperti dimahukan.
ya Allah
tuhan yang maha mengetahui,
lagi maha mengasihani..
kasihanilah hambaMu ini
Tuesday, February 14, 2012
:: setahun sudah ::
alhamdulillah,
setahun berlalu..
penuh manis,
penuh tawa,
antara luka
dan air mata,
dihujung jalan berliku ini,
akhirnya..
Allah berikan kamu
sebagai pelindung saya.
sebagai sahabat saya,
sebagai kekasih saya
dan
saya sebahagian dari kamu.
tiada apa lagi
yang saya harapkan
selain saya halalnya menjadi milik kamu
...
..
.
Wednesday, January 11, 2012
:: berlari mencari bintang ::
sudah puas aku berlari,
sudah puas juga aku jatuh,
lalu aku terluka!
aku mahu lari
jauh ke lapang tanah!
langit rendah lagi luas
dengan bintang beribu!
cerah dan terang
paling tidak hilang segala
resah dijiwa!
!
.
:: selamat tahun baru ::
alhamdulillah
setahun sudah berlalu
dan dengan keizinan Allah
maha kuasa
moga tahun baru
dengan semangat baru
-insyaAllah-
Thursday, December 22, 2011
Monday, December 19, 2011
:: tak tertanggung ::
ya Allah,
beratnya dugaan mu, tak terdaya aku.. tak termampu aku lagi berdepan
ujian mu..
tak tahu apa harus aku lakukan,
malahan aku tak tahu dari mana harus aku mulakan
lalu aku akhiri..
kanan berduri, kiri juga berduri..
kekiri terluka, kekanan juga terluka!
sedih menghimpun dalam hati..
sarat dan berat dengan perasaan yang tak tertanggung!
tak tahu, apa yang terbaik..
andai aku undur diri demi dia,
mampukah aku teruskan hari-hari seterusnya dan berpura
aku bahagia demi dia??
mampukah aku seikhlasnya menerima ketentuan ilahi?
dan andainya aku teruskan,
bahagiakah dia?
moga aku diberikan kekuatan dan keimanan..
aku takut,
sekiranya yang ada pada dia
cuma simpati..
!
.
Saturday, December 10, 2011
:: bersabarlah wahai si lemah ::
......
bersabarlah,
tak terdaya lagi.
tak terkata lagi.
tak mampu percaya,
tapi itu kamu!
dan akhirnya
terurai juga rahsia mu
lalu aku juga
yang terluka!
...............................................................
!
.
Wednesday, November 16, 2011
:: pedih ::
sedalam nafas saya hela,
berharap segala lelah akan terhembus!
seboleh tidak saya seka air mata ini,
berharap saya tidak terluka.
semanis senyum saya berikan,
berharap saya buat pilihan yang terbaik.
seboleh tidak saya telan pedih ini,
dan berharap itu yang terbaik.
-dan sesungguhnya saya redha-
Subscribe to:
Posts (Atom)