Wednesday, September 29, 2010

;; kau bila lagi? ::

hoohhh... emak me kata, orang dah mula tanya when is my turn.. after my sister? soalan yang sungguh mendebarkan! cehhhh!! tak mahu tawen.. tak mahu.... -_-"  me baru 24.. sangat muda remaja lagi.. hohohoo... sudah diagak memang me akan ditanya soalan ini.. rasa dah berkali juga alasan sama diberi. "belum ada kawan lagi".. mak cik-mak cik yang tanya, jika ada calon yang sesuai sila hubungi abah saya okeh! -_-"
bukan me tak mahu tawen, sebenarnya me belum sedia mahu pikul tanggungjawab, rasa nya me belum pun terfikir mahu jadi isteri! agak nya when perempuan at age of middle 20s mesti akan jadi soalan wajib kan? ni baru 24, agak nya if me dah 30 tak tawen lagi mesti lagi hebat-hebat belaka soalan cepu cemas yang akan me terima... -_-"

Thursday, September 23, 2010

:: raja sehari adinda saya ::

finally my sist, telah selamat menjadi isteri kepada suami beliau.. sangat sedih apabila melihat adik me berarak ke pelamin.. ohh adik me telah dewasa, adik me telah juga meninggal kan zaman kecil kami..
me tidak sempat melihat adik me nikah, tuntutan tugasan.. mesti lah lebih hiba jika me lihat sendiri adik me itu secara sah nya telah diambil alih tugas menjaga makan pakai dan minum nya oleh suami beliau..

Saturday, September 18, 2010

:: -_____________- ::

sila jangan ambil hati atau marah kepada jadual harian me yang sangat padat ini.. me telah cuba dan masih berusaha membahagi kan masa me seadilnya antara tugas dan personal life.. but rasa nya me perlu lebih lagi peka terhadap orang-orang sekeliling me.. maaf, me tak bermaksud mahu mengabaikan kamu.. mahu pun dengan sengaja mengetepikan kamu dalam waktu seharian me.. =(

Friday, September 17, 2010

:: hari raya me selepas 6 tahun tidak mahu beraya ::

penuh warna.. melihat muka adik-adik yang gembira menerima duit raya, melihat muka adik bila di belikan kasut raya, melihat wajah gembira emak menyambut kepulangan me, merasa sahur dan berpuasa walau hanya untuk 1 hari dirumah, menolong emak memotong bawang dan tempe dan buah senkuang -_-" untuk dibuat lodeh.. mencari tahu serata tehel untuk buat tahu sumbat kerana me begitu teringin mahu buka tahu sumbat dengan kuah kacang emak yang sangat yummy!! dan malam selepas buka me telah tertidur (macam ikan paus kata adik me) sehingga ke pagi hari! sedar sahaja emak telah menjerit satu rumah kepada adik-adik supaya lekas mandi dan bersiap ke masjid untuk solat raya.. selepas abah pulang dari masjid kami bermaafan dan mamam ketupat dengan sangat berselera! setelah itu kami bertolak pulang ke kampung emak... ceh ceh macam jauh sahaja bunyi nya... -_-" asahan untuk berjumpa dan melengkapkan sesi bermaafan dan bertangisan bersama makcik-makcik dan pakcik serta nenek kesayangan me.. sangat sedih bila memeluk nenek dan nenek menangis! tapi me telah berjaya mengontrol diri supaya tidak menanis juga.. kami beraya dengan sangat ekpress kerana me perlu mengejar masa. perlu beraya di rumah nenek sebelah abah pula di chabau.. meka kami telah juga bermaafan dan memamam rendang itik!! hooo itu adalah kali pertama me mamam itik! rasa nya sangat berbeza dari ayam.. selepas itu kami meneruskan perayaan ekspress itu ke rumah saudara abah yang me tidak pernah tahu mahupun kenal... -_-"  ... kami bergegas pulang kerumah sendiri untuk menerima tetamu abah yang suadah menunggu di pintu rumah.. dan sebelum sempat me mamam 2nd round, sudah pukul 6 petang.. hayoohhh.. me perlu pula pulang ke singapura.. bencik! tapi terpaksa juga melangkah pulang.. -_-" ... dan malam raya me sudah berada di rumah sendiri seorang diri berteman bekal rendang ketupat dan kuih tart nenas emak.. sangat sedih.. tak pe tahun depan akan memastikan diri mendapat cuti yang panjang! mahu maain bunga api, berjalan raya sakan dan memamam kuih raya dengan sangat banyak! ohh baru teringat, me tidak mamam pun kuih raya di rumah hari itu -_-".. berharap bila sme pulang besok hari masih ada kuih raya.. hummm... besok me akan pulang ke kampung lagi... adik me puteri kedua mak dan abah menjadi raja sehari.. hoyehh.. sangat tidak sabar mahu pulang dengan menaiki bus seawal 7.30 pagi bersama sahabat baik me cik wati.. semoga selamat sampai..


gunung ledang dari depan rumah pak long me..

:: guilty? another shoe again ::

hayoooooooooh! sudah tidak boleh mengawal nafsu! hari ini telah sekali lagi membeli sepasang kasut.. rasa sedikit guilty.. tapi me memang tak boleh mengawal perasaan "cinta" kepada shoes.. humm.. alasan membeli shoes ini, sale.. and suka pada warna ini.. tak ada shoes warna cekelet.. -_-"
rasanya perlu kerja kat tempat yang tak ada jual shoes laa.. baru boleh berhenti ketagih ini..

Tuesday, September 14, 2010

:: new pair of shoe (again!) ::

addicted! sangat addicted to shoes.. hayoohh... today again bought a new pair of shoes.. tak pe laa kut agaknya, penat kan kerja, so treat kepada diri sendiri laa ni (alasan) -_-"  ... macam mana yea mahu control nafsu membeli ini?

Monday, September 13, 2010

:: tak perlu said it loud ::

tak perlu said it loud, me faham.. sometimes kita tak perlu lafaz apa yang kita rasa demi menjaga hati dan perasaan insan lain even kita sendiri merana! me rasa me perlu beri dia ruang untuk explore dan mencari diri sendiri.. sometime too we need our own space alone to understand ourself more and love ourself more than other ppl.. perjalanan hidup tak selalu nya senang dan teduh.. kadangkala kita jauh tersungkur, kadangkala kita basah dalam hujan dan hilang arah.. memang hati payah mahu terima dan redha, but itulah pahit manis kehidupan.. belajar dari kesalahan.. menerima dan memaafkan.. sayang dan menyayangi.. semoga juga kasih sayang kami selalu rendang dan redup..

Monday, September 6, 2010

:: selamat hari raya aidilfitri ::

salam lebaran, mohon ampun dan maaf.. ohhh sangat sedih, tak dapat beraya lama dengan family.. but as always family even jauh tapi selalu dekat di hati me!

:: walimatul urus ::

on behalf of my sister NUR FIRDA AIEN, my dad and mom, kami sekeluarga menjemput rakan dan taulan, sahabat jauh dan dekat to my sist wedding on 18 sept 2010..

to my dear sist, selamat menempuh alam perkahwinan,
(she grow up much fast then what i can imagine!)

Saturday, September 4, 2010

:: who said it is easy? ::

tak semestinya sayang mampu buat kita faham perasaan orang lain! GERAM! payah sangat ke nak faham? susah sangat ke mahu beri komitmen pada tanggung jawab? huhhh.. ikutkan hati mahu saja me maki. but then apa pula kurang me if me tak mampu menagawal emo dan amarah me? yea we are two different people from two different world and background... it is so much tough than what we can imagine..cakap senang but bahu yang pikul sendiri rasa! huhh..