Friday, May 21, 2010

:: melepaskan dia pergi jauh dari ingatan ::

melepaskan dia pergi~jauh dari ingatan~yang sebenarnya sarat dalam fikiran dan hati~ 

andai kita mampu lawan segala rasa yang memamah sendi rasa ini, mungkin kita tak akan tahu betapa penting nya perasaan itu! betapa sakitnya hati dilukai~betapa sedihnya hati dikecewakan~dan betapa manisnya dicintai..
dan kita juga tak mungkin akan lebih sayang pada diri sendiri.. 

melepaskan dia pergi~jauh dari ingatan~bagai angin~biarkan semua pergi~

mungkin serasa separuh dari jiwa melayang pergi bersama dia.. pergi bawa sama segala yang manis tentang dia dan yang pahit segalanya tertimbus bersama aku~ dan hari mendatang seakan siksa.. segalanya masih berputar dan berlegar tentang dia.. 

melepaskan dia pergi~jauh dari ingatan~kerana dia tetap dia~dan aku masih lagi aku~

tak mahu lagi tertipu dengan rasa ini! tentang dia yang sudah berubah demi aku~demi kami~ dan masih lagi dia tetap seperti dulu.. dalam diam khianati segala janji.. kepercayaan yang tak dihargai..

melepaskan dia pergi~jauh dari ingatan~redha dengan ketentuan ilahi~kami tiada jodoh~

terbaik untuk dia, aku, kita.. walaupun aku tahu mungkin seumur hayat ini aku tak akan mungkin akn dapat melepaskan dia pergi~jauh dari ingatan......


:: sesuatu yang menyenangkan hati ::

kata seseorang pada me lewat petang tadi

" satu hari nanti awak mesti jumpa seseorang yang betul-betul sayang pada awak, yang akan buat awak happy...." 

....amin....