Monday, October 4, 2010

:: kenapa perlu kamu berbohong? ::

kenapa harus kamu berbohong dan lantas juga menyakitkan hati me? perlukah kamu lakukan ini? huhhhh! ya tuhan beri me kekuatan untuk memaafkan, sekali lagi juga untuk redha dengan kenyataan ini! andai memaafkan semudah melepaskan dia dari tangan! hummm.. mungkin juga tuhan mahu me beringat dan pulang ke pangkal jalan.. mencari kekuatan diri.. dan juga sayang pada diri lebih dari segalanya! banyak yang terlepas pandang, dalam ghairah mengejar cinta! dalam masa empat tahun segalanya amat mencabar diri me.. segalanya amat payah! teramat mahu, pergi jauh.. walau sekejap! sudah tak tertahan beban yang dipikul.. sudah seperti mengheret diri... banyak yang tercicir... dan juga tak terdaya lagi berpatah balik dan mengumpul semula segala apa yang tercicir itu! semuanya sangat menyakitkan! tak mahu lagi terluka! tak mahu!!! dan kamu... telah me cuba sedaya yang me mampu untuk memaafkan kamu... seikhlas mungkin, kerana cinta itu terlalu berkesan di hati me!

:: lari ::

emo.. sangat emo.. sedih.. rasa macam mahu lepaskan segalanya... lari jauh-jauh.. pergi tinggalkan semuanya!
mahu sendiri dan muhasabah diri.. mencari sisa kekuatan yang cicir selama aku berlari mencari kamu di sepanjang perjalanan yang maha payah ini! kadang kala terjatuh, bangkit dan mula sekali lagi berlari walaupun payah.. memang tak mampu lagi rasanya.. bagai hilang segala rasa dijiwa.. kosong lalu akhirnya aku hilang juga dalam lembar-lembar waktu yang berputar... buat sekian kalinya juga aku gagal...

:: jika kamu tahu sebanyak mana cinta itu untuk kamu ::

jika kamu tahu cinta itu sangat luas! sangat dalam! dan sangat tinggi... dan yang pasti semua itu untuk kamu! perasaan ini seperti terbang ke langit yang sangat luas! terbang bebas.. dan segalanya terasa ringan! tinggalkan segala masaalah yang sarat membeban kan akal dan fikiran..