Friday, September 17, 2010

:: hari raya me selepas 6 tahun tidak mahu beraya ::

penuh warna.. melihat muka adik-adik yang gembira menerima duit raya, melihat muka adik bila di belikan kasut raya, melihat wajah gembira emak menyambut kepulangan me, merasa sahur dan berpuasa walau hanya untuk 1 hari dirumah, menolong emak memotong bawang dan tempe dan buah senkuang -_-" untuk dibuat lodeh.. mencari tahu serata tehel untuk buat tahu sumbat kerana me begitu teringin mahu buka tahu sumbat dengan kuah kacang emak yang sangat yummy!! dan malam selepas buka me telah tertidur (macam ikan paus kata adik me) sehingga ke pagi hari! sedar sahaja emak telah menjerit satu rumah kepada adik-adik supaya lekas mandi dan bersiap ke masjid untuk solat raya.. selepas abah pulang dari masjid kami bermaafan dan mamam ketupat dengan sangat berselera! setelah itu kami bertolak pulang ke kampung emak... ceh ceh macam jauh sahaja bunyi nya... -_-" asahan untuk berjumpa dan melengkapkan sesi bermaafan dan bertangisan bersama makcik-makcik dan pakcik serta nenek kesayangan me.. sangat sedih bila memeluk nenek dan nenek menangis! tapi me telah berjaya mengontrol diri supaya tidak menanis juga.. kami beraya dengan sangat ekpress kerana me perlu mengejar masa. perlu beraya di rumah nenek sebelah abah pula di chabau.. meka kami telah juga bermaafan dan memamam rendang itik!! hooo itu adalah kali pertama me mamam itik! rasa nya sangat berbeza dari ayam.. selepas itu kami meneruskan perayaan ekspress itu ke rumah saudara abah yang me tidak pernah tahu mahupun kenal... -_-"  ... kami bergegas pulang kerumah sendiri untuk menerima tetamu abah yang suadah menunggu di pintu rumah.. dan sebelum sempat me mamam 2nd round, sudah pukul 6 petang.. hayoohhh.. me perlu pula pulang ke singapura.. bencik! tapi terpaksa juga melangkah pulang.. -_-" ... dan malam raya me sudah berada di rumah sendiri seorang diri berteman bekal rendang ketupat dan kuih tart nenas emak.. sangat sedih.. tak pe tahun depan akan memastikan diri mendapat cuti yang panjang! mahu maain bunga api, berjalan raya sakan dan memamam kuih raya dengan sangat banyak! ohh baru teringat, me tidak mamam pun kuih raya di rumah hari itu -_-".. berharap bila sme pulang besok hari masih ada kuih raya.. hummm... besok me akan pulang ke kampung lagi... adik me puteri kedua mak dan abah menjadi raja sehari.. hoyehh.. sangat tidak sabar mahu pulang dengan menaiki bus seawal 7.30 pagi bersama sahabat baik me cik wati.. semoga selamat sampai..


gunung ledang dari depan rumah pak long me..

:: guilty? another shoe again ::

hayoooooooooh! sudah tidak boleh mengawal nafsu! hari ini telah sekali lagi membeli sepasang kasut.. rasa sedikit guilty.. tapi me memang tak boleh mengawal perasaan "cinta" kepada shoes.. humm.. alasan membeli shoes ini, sale.. and suka pada warna ini.. tak ada shoes warna cekelet.. -_-"
rasanya perlu kerja kat tempat yang tak ada jual shoes laa.. baru boleh berhenti ketagih ini..