Friday, December 31, 2010

:: tahun lama ::

tahun lama..
tahun yang sangat jerih... namun tetap bangga.. yuki managed to make a moved untuk selamat kn relation beliau wih her mom and dad.. but yuki too, had lost dalam battle in her own relation.. sangat sakit! but as it said.. lifes must go on.. lepaskan apa yang dah pergi... REDHA!!...

tahun baru..
syukran.. sedikit matang. tapi masih lemah or childish... >.<  belajar untuk membutakan hati.. malas mahu ambil pusing.. berharap tahun baru akan bawa segala yang baik-baik.. segala yang manis..

Friday, December 17, 2010

:: ketemu lagi di lain bulan ::

kali ini kita ketemu penuh rindu..
senyum dan manis!
ketemu lagi di lain bulan...
penuh rindu dan sayang!






Monday, December 6, 2010

:: silent ::

humm.. lama tak lihat blog.. banyak sungguh rasa berbuku dalam hati! geram, benci, meluat, sakit hati, marah, sedih.. all... in complete dosage untuk emo! ya tuhan, beri me kekuatan! memang me rasa macam mahu putus harapan.. and left all this behind.. mana mahu me mulakan dulu? atau mana harus me tinggal kn dulu? restless.. penat.. letih! looking back all this year past.. humm... banyak yang me terlepas! ppl around me start complaining that me terlalu berubah! so sudden me menjadi seoarang yang sangat pasif.. not old YUKI anymore.. where those smile gone?? hummm....

Wednesday, December 1, 2010

:: MAHU MENYUMPAH SERANAH SERTA MEMAKI HAMUN SERTA MENYEPAK! ::

HURHH!! kenapa kurang ajar sangat manusia nih! dah cukup bagus ke? kau nk sangat kan. hamek! memang aku lemah lembut, tak tahu nak marah kat kau, but kau tak sepatutnya buat aku macam nih! babi tul! huhh! sampai rasa menggigil menahan sabar! tersirap darah kemuka... panas seh hati aku... semua serba tak kena minggu ni, if tahu macam ni nak jadi baik aku kerja je sepanjang minggu.. tak payah duk kat umah. tak pun alik je melaka terus! hurrrggghhh! benci!

Sunday, November 21, 2010

:: balik kampung ::

balik kampung sambut hari taya haji.. mam nasi empet dan kuah kacang kegemaran me dengan banyak sekali!! rendang ayam... hilang segala letih bila lihat muka emak dan adik.. sayang nya cuti x lama... sekejap sangat... humm.. alik kampung asahan and cabau.. jumpa nenda tercinta!! -_-" 
mak macam biasa, abah sihat.. out of sudden mak tanya "at age of 30, apa yang along mahu?" me?? mahu 2 buah kereta, 2 buah rumah.. boleh? sambil mata $_$.. hooo.. soalan biasa laa tu kn? mak asking me, kenapa me tak mahu terima dia? alehh... boleh kata dia tak kaya? hoo... dah tak ada perasaan nak buat mcam mana.. me mahu orang yang me nak, tapi tak dapat.. org yang me tak nak, nak me... hurhh.. tak fair! bencik!!

Saturday, November 13, 2010

:: mak pesan ::

had a chat wif mak.. like usual.. but tonite way mak berbual lain macam.. mak keep asking me to accept him.. hayooh... tak mahu... tak mahu... tak suke beliau.. -_-" ... mak sangat risau nampak nya me tak mahu tawen! (apatah lagi jika tawen bukan dengan rasa rela hati!)... humm.. rilex laa mak.. me baru nk masuk 25 je... lum pun 52.. cucu? angah kan ada.. mak minta laa angah bg mak 10 cucu pun tak pe.. tak pun tunggu dak boy ke.. -_-" me mana suka budak kecil.. rimas seh.. ke along beranak mak jaga buleh? tapi if tak tawen mana buleh beranak!

Tuesday, November 9, 2010

:: sungguh tidak kuat semangat! ::

dah lama me tak berkeadaan macam ini! me seperti hilang! lost! semua jadi tak betul.. dalam me merusuh pada keaadan, me lupa.. pagi td mak sms.. "along lama tak telefon mak"... humm.. mak, maaf.. me alpa! me lupa pada tanggung jawab me pada keluarga! me pentingkan diri sendiri! me terduduk.. me hiba... lama tak jumpa mak.. lama juga tak ketemu adik-adik.. -_-" .. sepanjang hari ini umpama roh me berlegar merayau.. hanya jasad yang jejak dibumi nyata!!.. betapa lemah sungguh diri me ini... me rasa me cukup kuat.. rupanya tidak.. me jatuh terduduk juga..

Sunday, November 7, 2010

:: hiba juga ::

yup, memang me adalah seorang yang sangat lembut hati. tapi bukan lah bermakna me boleh dibuli sesuka hati!  tak perasan kah kamu me juga ada perasaan? tak sedarkah kamu me juga perlu dijaga hati? humm.. terkadang merasa diri tak penting.. apatah lagi diperlukan..  perasaan selalu berputar, selalu rasa bersalah.. selalu juga merasa diri terhukum.. salah atau tak pilihan dan keputusan itu? berat hati memilih untuk bahagia dan berpaling pada prinsip diri sendiri, tetapi juga merasa diri sudah teramat lama beralah pada kenyataan! kamu... dekat tapi terasa jauh beribu batu... kamu.. dan kamu.. akhirnya me juga yang hiba sendiri..

Friday, November 5, 2010

:: yang di cari hanyalah cinta ::

sepanjang perjalanan ini,
sepanjang musim ini, 
seluruh cerita ini,
seluruh perasaan ini,
kabut dan resah...
tangan terlepas,
maka hati pun merusuh,
yang di cari hanyalah cinta!
bukan malaikat kasih...

Sunday, October 31, 2010

:: it is sunday and i missed my mom! ::

humm.. sunday... cuaca yang sangat baik.. langit biru dan cerah... angin sepoi bahasa... I MISSED MY SO BADLY!!  sunday like this, alone at home, hate this feeling!!! me rindu bau mak tumis sambal.. me rindu mak membebel!! me rindu mahu bergossip sama emak!! hurrgghh... tak pe sabar kan diri anda yuki.. minggu depan dapat alik kampung.. hooreeeyy.. even tak lama tapi ok laa kn.. dari x alik langsung.. cadang nya mahu balik raya haji.. mudahan tak ada apa yang menghalang.. hanya dapat cuti 2 hari.. so satu malam je at home.. what to do kan.. masih junior, tak dapat mohon cuti lama.. (tak pe tunggu laa dah confirm nanti!!).. buleh tak kita sambut raya haji sehari awal mak? so then along leh mamam dengan lebeh banyak?? rindu mahu mamam nasi himpit dengan sambal kacang mak yang power... start counting day from tomorow.. mahu balik kampung.. ooo balik kampung... >.<

Tuesday, October 26, 2010

:: dihujung jalan ini ::

dihujung jalan ini,
kami berlari dan mencari..
dihujung jalan ini,
kami bertemu cinta..

Friday, October 22, 2010

:: Malaysian LAW for rapist ::



encik-encik perogol, agaknya serik atau takut tak melihat ini? ya ampun... yang melihat pun rasa bagai mahu terkencing!! apatah lagi yang menanggung! tapi rasa nya wajar laa hukuman sebat ni.. nasib baik laa tak ada hukuman sebat sampai mati!! tertanggal kulit dari isi... -_-" ngeri....

Sunday, October 17, 2010

:: cinta universal ::

memilih untuk mencintai,
dan bukan untuk memiliki...
kerana cinta itu maha luas..
ruang-ruang kosong dalam hati..
rindu dan cinta buat kamu..

Friday, October 15, 2010

:: when abah said it out ::

call mak this late eve, hoooohh suddenly mak bring out topic yang sangat hot! hoooh, ABAH MAHU ATURKAN ALONG PULA LEPAS INI... erkk... macam mana ini? macam gubra! what did abah plan? what is in his mind? abah memang susah di jangka, maka dengan muka selamba asking mak, is abah planning me a jodoh?? hoooohh... we r not in 80s... may be abah worried me not in serius relation, either me was too bz in work! sampai tak ada personal life! or may be abah takut me will choose en singh... hummm... if i do choose him, rasanya what will abah do? hummm... personally, me memang tak sedia in serius relation.. semuanya sangat complicated! diluah mati emak, ditelan mati bapa... macam mana ini? hayooooohh!


en singh, cepat laaa masuk jawi... -_-"

Tuesday, October 12, 2010

:: insomnia ::

ingatkan after this tak akan lagi insomnia.. hummm.. nampak gaya nya sembab laa mata g kerja minggu ni! @______@  hati rasa tidak senang lately! selalu berfikir sesuatu yang tak baik akan terjadi! hooohh!! sangat berfikiran negative! tapi sememangnya hati me tak pernah senang selepas tahu kenyataan itu! semuanya serba tak kena! mahu dilepaskan terasa sayang! mahu dilupakan tak mampu dek akal! hooohh... kadang kala me berharap me mampu berfikir dan bertindak waras!! dan juga tidak mementingkan diri sendiri! tapi me tak mampu.. tak mampu untuk menipu perasaan sendiri! gila!! memang gila apa yang me lakukan!! tapi me tak berdaya.. im helpless... his eye, his smile, his skin smell... semuanya berlegar dalam fikiran.. tak mahu pergi walau sudah dipaksa!! maybe he too, in my situation, tak terdaya... he said to me, " u jangan cakap macam tu lagi" ... my heart broke.. burst to tears.. sangat payah... at this age, relation adalah sesuatu yang sangat complicated! banyak yang perlu diambil kira, bukan satu hati sahaja yang perlu difikirkan... huhhh... sometimes too, selalu berfikir kenapa perlu me diduga seberat ini? kenapa antara berjuta manusia, pada dia juga perlu me sayang? dia yang tak dapat me miliki! -_-" kenapa terlalu lewat dia hadir? humm... tak lama lagi he will back to sp, maka sarat laa rindu ini! berharap me akan sangat cekal dan tabah, seperti mana me buka pintu hati me dan redha dengan ketentuan me terpaksa berkongsi kasih!

Sunday, October 10, 2010

:: kamu yang sangat jauh ::

kamu yang jauh,
tak tercapai dek tangan..
kamu yang jauh,
membawa bersama sagala cinta..
kamu yang sangat jauh, 
tinggal kan aku dengan sarat rindu!

:: mimpi yang aneh ::

lately selalu mimpi yang aneh-aneh.. week before me and wati mimpi yang sama! freaky!! sangat freaky!! mimpi me lari dari pelamin! me tak mahu tawen! wati was so scared.. me lagi laa scared!! mak kata selalunya mimpi goes other way.. but nama pun mimpi! mainan tidur je.. hooohhhh.. -_-"
then yest nite, me mimpi bumbung rumah me terbang! apakah? sangat scary! hooohh.. tak mahu fikir... tapi asik laa berlegar dalam kepala ni..

Monday, October 4, 2010

:: kenapa perlu kamu berbohong? ::

kenapa harus kamu berbohong dan lantas juga menyakitkan hati me? perlukah kamu lakukan ini? huhhhh! ya tuhan beri me kekuatan untuk memaafkan, sekali lagi juga untuk redha dengan kenyataan ini! andai memaafkan semudah melepaskan dia dari tangan! hummm.. mungkin juga tuhan mahu me beringat dan pulang ke pangkal jalan.. mencari kekuatan diri.. dan juga sayang pada diri lebih dari segalanya! banyak yang terlepas pandang, dalam ghairah mengejar cinta! dalam masa empat tahun segalanya amat mencabar diri me.. segalanya amat payah! teramat mahu, pergi jauh.. walau sekejap! sudah tak tertahan beban yang dipikul.. sudah seperti mengheret diri... banyak yang tercicir... dan juga tak terdaya lagi berpatah balik dan mengumpul semula segala apa yang tercicir itu! semuanya sangat menyakitkan! tak mahu lagi terluka! tak mahu!!! dan kamu... telah me cuba sedaya yang me mampu untuk memaafkan kamu... seikhlas mungkin, kerana cinta itu terlalu berkesan di hati me!

:: lari ::

emo.. sangat emo.. sedih.. rasa macam mahu lepaskan segalanya... lari jauh-jauh.. pergi tinggalkan semuanya!
mahu sendiri dan muhasabah diri.. mencari sisa kekuatan yang cicir selama aku berlari mencari kamu di sepanjang perjalanan yang maha payah ini! kadang kala terjatuh, bangkit dan mula sekali lagi berlari walaupun payah.. memang tak mampu lagi rasanya.. bagai hilang segala rasa dijiwa.. kosong lalu akhirnya aku hilang juga dalam lembar-lembar waktu yang berputar... buat sekian kalinya juga aku gagal...