Tuesday, November 15, 2011

:: terima kasih awak ::




terima kasih,
terima kasih awak..
terima kasih tak terhingga.

walaupun perit dan pedih,
tapi sebenarnya saya belajar
dan matang
untuk menjadi dewasa.

 dan jika tak kerana
kasihan awak,
mungkin saya tak disini.
mungkin juga saya masih meratap.
memang saya belum berjumpa siapa saya
tapi bukan salah awak,
hanya,
saya masih belum berjumpa hujung jalan hidup saya.

saya akan terus berjalan
dan mencari,
mungkin kelemahan saya suatu hari nanti akan
menjadi punca kekuatan saya
dan mungkin juga,
kekuatan saya 
suatu hari nanti akan menjadi kekuatan awak.

masih saya terasa,
betapa lemah saya suatu masa dahulu.
betapa rapuhnya saya suatu masa dahulu
dan sekarang,
alhamdulillah



kuasa Allah maha besar
dan antara kasih-kasih yang pernah saya miliki
tak pernah seindah ini.







.






No comments:

Post a Comment